Saturday, September 13, 2014

Which one ??!!~

'Antara pujian dengan kejian..
adanya UJIAN..menguji keteguhan hati seorang iman..
Tahankah dikeji atau hanya bersemangat setelah dipuji
Ikhlaslah memuji..hati-hati mengeji..
Tersalah pilih..makan diri sendiri.. =)
YA ALLAH..aku memohon kepadaMU.. berikanlah aku kekuatan saat menghadapi ujian daripadaMU.. =)

MASA =)

''Tiada siapa yang boleh mengundur masa silamnya..
Jangan pula tenggelam dalam sesalan,,
Menangisi masa yang disia-siakan ialah mensia-siakan masa juga.
Namun rahmatnya Allah tetap memberi peluang kedua buat kita semua..
Baikilah masa lalu dengan taubat. =)
https://www.youtube.com/watch?v=9oK-_67p2xw

Thursday, August 7, 2014

~! LIFE STORY !~

~! HIDUP !~
"HIDUP TANPA MATLAMAT IBARAT KAPAL YANG BERLAYAR TANPA TUJUAN"

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.. Ketabahan memerlukan kesabaran. Dalam hidup niy..biasa lah kalau kita pernah dipandang tinggi..dipandang rendah... pernah disayangi..pernah dibenci..dicela.. semua niy HIDUP! yup.. hidup.. kita kena ingat..sekali kita dekat atas.. suatu hari nanti kita akan dekat bawah juga.. tapi.. tak selama-selamanya kita akan dekat bawah.. suatu hari nanti.. kita akan berjaya ya!

HIDUP KITA NI CUMA SATU PERSINGGAHAN,HANYALAH SEMENTARA.. UNTUK KITA MENGEJAR ILMU DUNIA DAN JUGA MENGUMPUL BEKALAN UNUK KE AKHIRAT KELAK.. AKHIRAT YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA. =) yang penting ..dalam hidup kita kena selalu rendah diri..jangan rasa diri tu hebat bila dah dekat atas.. rendah diri..yaa,,pesanan untuk saya,, =) yang penting hidup niy banyak dugaan dan ujian.. semua niy kita kena lalui sendiri.. yang penting ketabahan dan kesabaran.. kena selalu kuat.. =) ^_^

DALAM HIDUP NI..TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA AKAN DAPAT..NAMUN TAK SEMUA YANG INDAH ITU TERBAIK BUAT KITA.. ^_<

HARGAI HIDUP NIY! BANYAK-BANYAKKAN AMALAN.. =) INSYAALLAH..HIDUP DIBERKATI.. =)


Wednesday, July 30, 2014

~EID MUBARAK 2014~ >_-

~!LEBARAN 2014!~

Assalammualaikum.. =) Emm..raya tahun niy..raya dekat Pantai Merdeka noh..syok giler.. meriah..walaupun tak semua adik beradik yang balik kampung.. atas tu.. selfie waktu raya laa..hahaha.. Firat day raya.. emm..makan apa eh?? ooo...masak acheh and bihun sup.. sedap baqhangg.. masak acheh tu masakan keluarga..secret recipe..pagi tu..pi sembahyang rayaa... budak-budak my kutip duit siap dah..sakan eh..baju lawa-lawa..Assalammualaikum..kami datang nak beraya.. nak beraya..masuk la dalam rumah dulu..tak nak lah..dah kenyang.. okay.. #nak_duit_ja_depa_nii.. lepas zohor..pi keluar sampai Penang beraya.. rumah adik-beradik katakan.. malam..pukul 11 baru sampai rumah... letih siott.. !! tapi tak pe..asalkan duit raya banyak..hikhik..   thats all.. 
THE BEST RAYA!!2014!!

Saturday, June 28, 2014

Perjalanan Menuju Kehidupan

"Langit tak selalunya cerah,
Hidup tak selalunya indah".. =)
Apa yang kita perlu buat..sentiasa senyum walaupun didalam kedukaan.Kerana setiap kedukaan akan dibalas dengan kegembiraan yang tak pernah kita jangkakan..Yakinlah setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.. =)
#Missz_Nana

Friday, June 27, 2014

SEDEKAH

RASULULLAH SAW bersabda:''Sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan dan sedekah itu ada empat macam pembalasannya:

a.Satu sedekah dibalas dengan 10 kali ganda.
b.Satu sedekah dibalas dengan 70 kali  ganda.
c.Satu sedekah dibalas dengan 700 kali ganda.
d.Satu sedekah dibalas dengan 1,000 kali ganda.

ADAPUN sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.

ADAPUN sedekah yang dibalas 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga atau sanak saudara..

ADAPUN sedekah yang dibalas 700 kali ganda ialah sedekah yang diberikan kepada teman-teman.

ADAPUN sedekah yang dibalas 1,000 kali ganda ialah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu.


TIDAK AKAN MISKIN SESEORANG INDIVIDU ITU SEKIRANYA DIA SUKA BERSEDEKAH  TIDAK KIRA MASA DAN TEMPAT.. =)

Saturday, June 7, 2014

Indahnya Ciptaan Allah

Subhanallah..Betapa INDAHnya Ciptaan ALLAH..
Haha..tempat niy dekat Pulau Sayak,Kedah.. alaa..dekat-dekat je dengan Pantai Merdeka..dekat Kedah la semestinya..Hemm,,
  Ciptaan Allah..semuanya cantik-cantik kan..cuma kita manusia ni tak nak hargai.. Tak kira perempuan ke lelaki ke..semuanya dicipta cantik dan handsome2 belaka.. cuma kita manusia ni suka membandingkan.. Tak elok sebenarnya memperlekehkan ciptaan Allah.. Soo..jom kita sama-sama mensyukuri atas apa yang telah Allah kurniakan buat kita,,..

#DEEP
''Jangan mengharapkan orang akan menghargai kita kalau kita sendiri tak tahu nak menghargai orang''

SINCERELY~~
   MISSZ QASEH